Polis Evo 2 Kutip RM10 Juta Tidak Sampai Seminggupun Tarikh Tayangan!


Polis Evo 2 Kutip RM10 Juta Tidak Sampai Seminggupun Tarikh Tayangan!

Filem Polis Evo 2 yang sedang hangat di pawagam ketika ini, dilaporkan telah berjaya mencatatkan kutipan jualan tiket sebanyak RM10 juta dalam masa hanya lima hari ditayangkan! Filem Polis Evo 2 kini ditayangkan di 146 buah pawagam seluruh negara dan juga Brunei, dan akan turut ditayangkan di Indonesia.


Filem Polis Evo2, yang merupakan kesinambungan dari filem Polis Evo sebelum ini, mengembalikan gandingan pelakon Shaheizy Sam dan Zizan Razak selaku teraju utama filem berkenaan, dan berjaya menduduki tangga teratas carta box-office di pawagam tempatan ketika ini.

Filem Polis Evo 2 telah berjaya memecah rekod kutipan tayangan pembukaan terbesar dengan merekodkan kutipan sebanyak RM3.5 juta menewaskan filem Munafik 2 yang mengutip RM2.05 juta.

Adakah filem Polis Evo 2 akan berjaya memecahkan rekod filem Munafik 2 yang berjaya memperoleh RM30 juta dalam masa 10 hari tayangan sebelum ini? Sama-sama kita nantikan.



No comments:

Powered by Blogger.