Pra-Produksi Filem The Flash Ditangguhkan Akibat COVID-19

Mengikut perancangan, filem The Flash sepatutnya memulakan proses pra-produksi bermula bulan hadapan. Filem yang merupakan kesinambungan watak The Flash (lakonan Ezra Miller) dari filem Justice League ini berhadapan dengan beberapa masalah sebelum ini, namun kemunculan semula watak versi berkenaan dalam siri TV The Flash baru-baru ini mengesahkan penghasilan filem berkenaan. Sebagai rekod, watak The Flash versi TV dilakonkan oleh Grant Gustin.


BERKAITAN: Ezra Miller Dan Grant Morrison Menambahbaik Skrip Filem Solo The Flash?

Adaptasi filem The Flash ke layar perak telah tertunda sejak beberapa tahun lepas. Pada tahun 2019, pengarah, Andy Muschietti telah dipilih untuk mengarahkan filem The Flash. Tarikh tayangan pula telah ditetapkan pada 1 Julai 2022. Walau bagaimanapun, dengan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia sekarang ini, berkemungkinan proses penggambara dan tarikh tayangan akan ditunda lagi. Malah, Warner Bros. juga telah menangguhkan kesemua projek TV dan filem mereka susulan wabak tersebut.

BERKAITAN: Filem The Flash Ditangguhkan Sekali Lagi?

Dengan perkembangan terbaharu ini, nampaknya sekali lagi filem The Flash akan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada pembasmian wabak COVID-19 yang telah meragut nyawa ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post