Dilaporkan yang Paramount Pictures akan membawakan filem Sonic the Hedgehog ke saluran digital lebih awal.


Selepas mencatatkan rekod sebagai filem adaptasi permainan video yang mencatatkan kutipan tertinggi di Amerika pada bulan lepas, kini dilaporkan yang Paramount Pictures akan membawakan filem Sonic the Hedgehog ke saluran digital lebih awal dari kebiasaan iaitu pada 31 Mac ini, sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID-19 dan mempraktikkan social distancing.


Malahan, sebagai salah satu usaha untuk mempercepatkan filem berkenaan dipasarkan melalui saluran digital, Paramount turut mengumumkan yang filem Sonic the Hedgehog akan dipasarkan dalam format 4K UHD, Blu-ray dan DVD pada 19 Mei.

BERKAITAN: Trailer Terbaharu Filem Sonic The Hedgehog Diperlihatkan - Perincian Sonic Ditambahbaik

Filem Sonic the Hedgehog mengisahkan tentang Tom Wachowski, seorang anggota polis di kawasan luar bandar di Green Hills, yang mengambil keputusan untuk membantu membebaskan Sonic daripada entiti kerajaan yang cuba memerangkapnya. Filem Sonic the Hedgehog diarahkan oleh Jeff Fowler dan diterbitkan oleh Tim Miller (Terminator: Dark Fate).

BERKAITAN : Trailer Pertama Filem Sonic The Hedgehog Kini Diperlihatkan!

Barisan pelakon filem Sonic the Hedgehog termasuklah Jim Carrey sebagai Doctor Robotnik/Eggman dan James Marsden sebagai Wachowski, di samping Adam Pally, Tika Sumpter dan Natasha Rothwell. Ben Schwartz memberikan suara untuk watak Sonic dalam filem tersebut.

Filem Sonic the Hedgehog telahpun ditayangkan di pawagam bermula 14 Februari 2020 baru-baru ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post