Trailer Terbaharu Filem Sonic The Hedgehog Diperlihatkan - Perincian Sonic Ditambahbaik



Selepas terpaksa menunggu beberapa bulan untuk melihat rekaan dan perincian terbaharu Sonic, akhirnya Paramount Pictures memperlihatkan trailer terbaharu filem Sonic the Hedgehog beserta rekabentuk dan perincian Sonic yang telah ditambahbaik. Poster filem Sonic the Hedgehog juga turut diperlihatkan. Saksikan trailer filem Sonic the Hedgehog di bawah :



BERKAITAN : Trailer Pertama Filem Sonic The Hedgehog Kini Diperlihatkan!

Pada awalnya, filem Sonic the Hedgehog telah dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada hujung minggu yang lalu, namun selepas komen dan kritikan dari penonton awal yang mempertikaikan arah tuju rekabentuk dan perincian Sonic dalam trailer terdahulu, menyebabkan Paramount terpaksa menunda tarikh tayangan kepada 14 Februari 2020 dan merekabentuk semula rupa dan penampilan Sonic supaya lebih hampir menyerupai Sonic dalam permainan video.

Filem Sonic the Hedgehog mengisahkan tentang Tom Wachowski, seorang anggota polis di kawasan luar bandar di Green Hills, yang mengambil keputusan untuk membantu membebaskan Sonic daripada entiti kerajaan yang cuba memerangkapnya. Filem Sonic the Hedhehog diarahkan oleh Jeff Fowler dan diterbitkan oleh Tim Miller (Terminator: Dark Fate).

BERKAITAN : Selepas Dikritik, Tarikh Tayangan Filem Sonic The Hedgehog Ditunda!

Barisan pelakon filem Sonic the Hedgehog termasuklah Jim Carrey sebagai Doctor Robotnik/Eggman dan James Marsden sebagai Wachowski, di samping Adam Pally, Tika Sumpter dan Natasha Rothwell. Ben Schwartz memberikan suara untuk watak Sonic dalam filem tersebut.

Filem Sonic the Hedgehog kini dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 14 Februari 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post