Saksikan Trailer Filem Garang - Filem Aksi Istimewa OKU

Satu lagi filem tempatan baharu yang bakal menjengah pawagam tahun ini adalah filem Garang terbitan Sakti Films Sdn Bhd. Bakal menemui penonton di seluruh negara pada 5 Disember ini, filem Garang mengangkat tema golongan orang kurang upaya (OKU) yang mencabar diri untuk menjadi yang terbaik. Filem Garang dibarisi pelakon hebat seperti Wan Hanafi Su, Jalil Hamid, Ahmad Maembong, Adam Lee, Chacha Maembong, Pablo Amirul dan ramai lagi.


Saksikan trailer filem Garang ini di bawah :



Filem Garang akan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kehidupan atlet OKU yang bukan sahaja menyumbang tenaga, malah mengharumkan nama negara di persada dunia.

Jangan lupa saksikan filem Garang yang bakal ditayangkan di semua pawagam di Malaysia pada Disember ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post