Anda Perlu Melanggan Siri Disney+ Untuk Memahami Filem Terbaharu MCU

Marvel Cinematic Universe (MCU) sudah semestinya mempunyai ramai peminat, selepas filem pertamanya, Iron Man ditayangkan pada tahun 2008. MCU semakin berkembang pesat, dengan kini telahpun masuk dalam Fasa 4, dan siri penstrimannya sendiri di saluran Disney+ dengan tajuk-tajuk siri TV solonya nanti. Persoalannya sekarang, adakah perlu untuk peminat filem Marvel, MCU terutamanya, untuk mengikuti KESEMUA siri Disney+ untuk membolehkan mereka memahami jalan cerita filem-filem MCU akan datang? Jawapan, tidaklah mengejutkan, adalah YA!

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah mengesahkan yang peminat filem MCU haruslah menonton siri TV Disney+ seperti WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier untuk memastikan mereka memahami apa yang berlaku dalam filem-filem terbitan Marvel Studios nanti.

BERKAITAN : Beberapa Siri TV Disahkan Untuk Saluran Penstriman Disney+ - Termasuk WandaVision and Scarlet Witch Dan Falcon and Winter Soldier


Memetik kenyataan Feige kepada Bloomberg:

"If you want to understand everything in future Marvel movies, [Feige] says, you’ll probably need a Disney+ subscription, because events from the new shows will factor into forthcoming films such as Doctor Strange in the Multiverse of Madness."

BERKAITAN : Siri Disney+ The Falcon and the Winter Soldier Telah Mulakan Penggambaran

Walaupun peminat komik rata-ratanya pasti akan mengikuti mahupun melanggan saluran Disney+ nanti, mereka yang memilih sebaliknya pasti akan berdepan kesukaran untuk memahami jalan cerita filem MCU di masa akan datang, seperti filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan lain-lain..

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post