SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Sunday, November 10, 2019

Tanda Pagar #ReleaseTheSnyderCut Menjadi Trend Seluruh Dunia Dengan Lebih 60 Ribu Ulangkicau

Tanda Pagar #ReleaseTheSnyderCut Menjadi Trend Seluruh Dunia Dengan Lebih 60 Ribu Ulangkicau

Sejak berita tersebar tentang terdapatnya filem Justice League penuh versi pengarah filem asalnya, Zack Syder, permintaan tinggi dari peminat filem DC Extended Universe (DCEU) menyebabkan tanda pagar #ReleaseTheSnyderCut telah dulangkicau lebih 60,000 kali. Apatah lagi kini, beberapa orang telah mengumumkan yang mereka telah menonton sendiri versi filem tersebut, sebelum Zack Snyder mengosongkan kerusi pengarah filem Justice League disebabkan isu keluarga, dan digantikan oleh Joss Whedon (pengarah filem Avengers) 



Baru-baru ini, pelakon utama filem Aquaman, Jason Momoa sendiri telah menyatakan dalam satu temubual tentang wujudnya filem Justice League versi Snyder cut, dan beliau sendiri telah menontonnya. Apabila ditanya adakah ianya hanya bayangan Snyder dan tidak disiapkan, Momoa menyatakan ianya adalah filem penuh, siap dengan kesan khas!  Malah, Snyder sendiri pernah menyatakan dalam beberapa temubual sebelum ini, tentang apa sebenarnya yang beliau inginkan berlaku sepanjang perjalan filem Justice League jika beliau masih di kerusi pengarah filem tersebut.


Kesemua ini, dan khabar-khabar angin tentang penghasilan filem Justice League versi Zack Snyder, menyebabkan tanda pagar #ReleaseTheSnyderCut menjadi popular di Twitter, dengan diulangkicau lebih 60 ribu kali. Malah, ada di kalangan peminat filem yang sangat mengharapkan pihak Warner Bros. mempertimbangkan cadangan untuk menayangkan filem Justice League versi Zack Snyder yang sepatutnya, walaupun studio berkenaan tidak memberikan sebarang bayangan untuk melaksanakan sedemikian. 

Sehingga pihak Warner Bros. memikirkan yang mana  filem Justice League versi Zack Snyder perlu  ditayangkan, selagi itulah peminat hanya mampu berharap, dan tanda pagar #ReleaseTheSnyderCut akan kekal menjadi popular.

No comments:

Post a Comment