Siri Disney+ Obi Wan Kenobi Akan Memulakan Penggambaran Pada Julai 2020

Sebelum ini, Ewan McGregor dan Lucasfilm telah mengumumkan penghasilan siri Disney+ berkisarkan watak Obi Wan Kenobi, seorang Jedi legenda yang terkenal di kalangan peminat filem Star Wars. Pengarah Deborah Chow, yang sebelum ini telahpun mengarahkan lagi siri Disney+ berkisarkan epik pengembaraan Star Wars, The Mandalorian, telah dipilih sebagai pengarah siri tersebut. Kini, pengumuman tarikh penggambaran telahpun dibuat, dengan ianya diumumkan akan memulakan penggambaran pada Julai 2020.


Menurut sumber, pada awalnya siri Obi Wan Kenobi itu dirancang untuk dijadikan filem solo Star Wars. Namun selepas perbincangan lanjut diadakan, ianya bertukar menjadi siri Disney+ yang akan ditayangkan di saluran penstriman Disney itu.

Untuk rekod, Obi Wan Kenobi ini merupakan siri kedua dari epik Star Wars yang disenaraikan untuk tayangan di saluran Disney+, selepas siri The Mandalorian.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post