Selepas beberapa khabar angin sejak sekian lama, The Wall Street Journal melaporkan yang pengarah  Zack Snyder akan mengarahkan filem Justice League. Laporan tersebut menyebut pengesahan tersebut datangnya daripada pihak Warner Studios sendiri, Greg Silverman, yang mengesahkan pemilihan Zack Snyder sebagai pengarah filem tersebut.


Zack Snyder buat masa ini terlibat sebagai pengarah filem Batman VS Superman. Adalah difahamkan yang kedua-dua filem ini akan diarahkan secara back-to-back, dengan sasaran filem Justice League bakal ditayangkan pada 2017.

Dengan susunan watak-watak sedia ada untuk filem Batman VS Superman, seperti Batman, Superman, Wonder Woman dan Cyborg, siapakah pula yang akan mendukung watak Green Lantern, The Flash dan Aquaman nanti?

Sama-sama kita nantikan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post