Review Filem The Amazing Spider-Man 2 (2014)


Filem The Amazing Spider-Man 2 ini menggunakan subtajuk Rise Of Electro yang secara jelas dah menunjukkan watak penjahat utama. Filem yang kembali menampilkan Andrew Garfield sebagai Peter Parker/ Spider-Man ini merupakan antara filem yang kami tunggu-tunggu tahun ini. Bagaimanakah pandangan kami terhadap filem ini?

Andrew Garfield : Sebagai Peter Parker/ Spider-Man, kami setuju dengan pandangan ramai mengatakan postur dan bentuk badan watak Peter Parker yang dibawakanya lebih mirip kepada komik, berbanding versi Tobey Maguire sebelum ini. Tahap komen sarkastik yang ditonjolkan dalam karakter Spider-Man juga menepati watak dalam komik. Chemistry yang ditampilkan dengan watak Gwen Stacy juga nampak natural.


Kostum : Kostum Spider-Man kali ini juga ditampilkan lebih baik dan menepati komik, terutamanya bahagian topeng yang menampilkan ruang mata berwarna putih yang besar.


Penjahat : Penjahat utama sudah semestinya Max Dillon/ Electro, tetapi diperlihatkan juga watak penjahat seperti Harry Osborn/ Green Goblin dan juga Aleksei Sytsevich/ Rhino. Cuma kami merasakan origin story bagi watak Electro agak rushing dalam usaha menampilkannya sebagai watak penjahat utama. Motifnya berdendam dengan Spider-Man juga tak cukup kuat. Ditambah lagi dengan kemasukan Green Goblin dan Rhino yang hanya sebagai perencah menambah panjang jalan cerita.


Harry Osborn : Berbeza dengan komik dan filem terdahulu, filem ini menampilkan Harry sebagai Green Goblin pertama, bukan ayahnya, Norman Osborn. Cuma kami pelik dengan penampilan watak Harry, dengan rambut dan pemakaian seperti seorang emo. Ya, kami tahu Harry memang emo terutama dengan ayahnya, tapi tak perlulah sampai pemakaiannya pun emo. Versi James Franco dalam 3 filem sebelum ini lebih kemas dan classy.

Jalan Cerita : Kami berpendapat jalan cerita filem ini boleh diperkemaskan lagi. Side story seperti siapa ayah Peter Parker (dibawa dari filem sebelum ini) hanya membuang masa. Juga kisah percintaan on and off  dengan Gwen Stacy yang memakan masa yang bukan sedikit dalam filem. Bagaimana babak rakaman video konvo Gwen Stacy menjadi pencetus kebangkitan semula Spider-Man selepas kematian Gwen Stacy? Mana ada orang konvo bagi ucapan semacam Gwen Stacy berikan? Dan pengakhiran cerita ini pun tergantung dan seperti kami katakan tadi, rugi bila watak Rhino hanya digunakan sekejap sahaja.


Walaupun beberapa iconic pose daripada komik ditampilkan dalam filem ini, dan ada babak-babak aksi yang menarik, tetapi kami tetap merasakan filem ini ada kekurangan. Mungkin sudah sampai masanya Sony Pictures menyerahkan balik hak penerbitan filem Spider-Man ini kepada Marvel, daripada terus merosakkan jalan cerita.

Kami berikan 7.5 bintang untuk filem ini.

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post