Senarai Pelakon Filem Star Wars Episode VII Diumumkan Secara Rasmi


Setelah beberapa bulan berspekulasi dan berteka-teki, secara rasminya pelakon-pelakon yang akan membintangi filem Star Wars Episode VII telah diumumkan. Siapakah yang kembali daripada trilogi asal?

Menurut sumber, Harrison Ford (Han Solo), Carrie Fisher (Leia), Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), Peter Mayhew (Chewbacca), dan Kenny Baker (R2-D2) akan kembali membawakan watak tersohor masing-masing dalam filem tersebut.

image
Selain itu, nama-nama baru seperti John Boyega, Daisy Ridley, Adam Driver, Oscar Isaac, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, dan Max von Sydow juga tersenarai untuk filem Star Wars Episode VII ini, walaupun begitu watak mereka masih belum didedahkan.

No comments:

Powered by Blogger.