Trailer terbaru filem sambungan Rise of the Planet of the Apes, iaitu Dawn of the Planet of the Apes telahpun boleh ditonton secara online. Filem ini berlatarkan situasi lapan tahun selepas apa yang berlaku dalam filem Rise of the Planet of the Apes. Manusia telah berjaya mengawal virus tersebut daripada merebak, namun terpaksa pula berperang dengan golongan beruk yang mampu mengancam nyawa manusia.



Andy Serkis (Gollum/ King Kong) kembali membawakan watak motion capture sebagai Caesar, beruk pintar yang menjadi ancaman kepada manusia. Filem yang diarahkan oleh Matt Reeves, filem Dawn of the Planet of the Apes akan menjengah di pawagam pada 4 Julai 2014

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post