Fox telahpun meperlihatkan gambar rasmi pendukung watak-watak utama dalam siri TV terbarunya yang mengambil inspirasi daripada Batman, iaitu Gotham.

Gotham merupakan sebuah origin story yang berkisarkan kepada watak Jim Gordon, seorang anggota polis yang menentang kejahatan dan menyaksikan kebangkitan salah seorang superhero yang paling popular. Gotham adalah berdasarkan watak yang diterbitkan oleh DC Comics dan Warner Bros. Television bertindak sebagai produser. 



Pelakon-pelakon hebat seperti Ben McKenzie, Sean Pertwee, Robin Lord Taylor, Zabryna Guevara, Erin Richards, Donal Logue, Jada Pinkett Smith, David Mazouz dan Camren Bicondova telah tersenarai untuk episod pertama siri TV ini. Adakah siri TV ini nanti akan menjadi sehebat dan mejangkau expectation penonton seperti mana siri TV Arrow?

Sama-sama kita nantikan.


Sumber daripada Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post