Jumaat lalu, ABC telah mengesahkan yang siri TV Marvel's Agents of SHIELD disambung untuk musim kedua. Dan yang menariknya, ABC juga turut mengumumkan siri TV berkaitan Agent Carter, watak love interest kepada Captain America dalam filem Captain America : The First Avenger.



Marvel pula telah memperlihatkan gambar promosi (seperti gambar yang paling atas) untuk siri TV ini berserta dengan sinopsis rasmi :

"Marvel's Agent Carter," dibintangi Hayley Atwell adalah kesinambungan kisah Peggy Carter. Berkisar pada tahun 1946, keamanan telah dicapai selepas ancaman HYDRA dihapuskan. Kini bertugas di SSR (Strategic Scientific Reserve), Peggy terpaksa melakukan kerja pentadbiran dan melakukan misi rahsia untuk  Howard Stark, juga menjalani hidup seorang diri selepas kehilangan Steve Rogers. Siri TV ini diinspirasikan daripada filem "Captain America: The First Avenger" dan "Captain America: The Winter Soldier".

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post