Seperti dijangka, nampaknya benarlah berita yang mengatakan Star Wars akan kembali ke planet Tatooine. Laporan oleh akhbar berbahasa Inggeris di Abu Dhabi, iaitu The National, menyatakan yang J.J. Abrams beserta pelakon dan krew filem Star Wars: Episode VII akan memulakan penggambaran di situ pada 13 Mei ini.


Walaupun artikel berkenaan tidak menyatakan pelakon yang terlibat serta adegan apa yang akan dirakamkan, ada dinyatakan yang penggambaran akan dibuat hingga hujung bulan ini. Beberapa sumber turut menyatakan yang krew-krew telah hampir menyiapkan beberapa kerja-kerja pembinaan set penggambaran seperti kapal angkasa, menara besar, pasar, alien house dan 10 ke 15 buah buggy yang dikuasakan dengan enjin jet.

Menarik!

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post