Semalam, secara rasminya peminat filem Batman boleh melihat sut Batman dan juga Batmobile bagi filem Batman VS Superman, iaitu sambungan kepada filem Man Of Steel. Gambar tersebut adalah merupakan tweet daripada pengarahnya, Zack Snyder.


Walaupun agak kelam, dapat dilihat dengan jelas bentuk sut Batman dan Batmobile yang akan digunakan untuk filem itu nanti. Walaupun begitu, kami masih agak skeptikal dengan design untuk filem Batman VS Superman ini, dan sukar bagi kami untuk mengelakkan daripada membandingkannya dengan sut dan Batmobile dari trilogi arahan Christopher Nolan.

IMG_13651883747700

Manakala Batmobile baru nampaknya seperti gabungan antara the Tumbler daripada trilogi Christopher Nolan dengan Batmobile daripada filem terdahulu dan juga komik.

Batman-vs-Superman-Batmobile-First-Look

Apa pandangan korang? Adakah sut dan Batmobile ini akan setanding dengan versi sebelumnya?

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post