Poster Dan Gambar Terbaru Filem Transformers: Age Of Extinction (2014)

Nasib baik pelakon asal, Shia LaBeouf dah tak membintangi filem baru Transformers berjudul Transformers: Age Of Extinction ni, sebab kami memang tak suka watak yang dibawakannya dalam filem-filem sebelum ini. Kami pun taklah teruja sangat nak menonton filem baru ni, memandangkan betapa gagalnya filem terdahulu di tangan Michael Bay walaupun mengaut untung.

Di atas merupakan poster terbaru filem ini. Manakala majalah Empire telah memperlihatkan beberapa keping gambar terbaru filem Transformers: Age of Extinction, dan kami kongsikan untuk tatapan anda.

image

Gambar di atas dan di bawah jelas memperlihatkan rupa baru Optimus Prime dan senjata yang akan digunakan dalam filem baru ini.

image
Juga ditunjukkan adalah rupa Bumblebee. Kami tak nampak sangat bezanya dengan filem terdahulu, dan adakah Bumblebee akan kekal dengan masalah suaranya lagi (yang pada kami adalah alasan nonsense kenapa Bumblebee bercakap menggunakan gelombang radio).

image

Tak sabar menanti filem ini? Filem Transformers: Age of Extinction akan menemui penonton antarabangsa pada 27 Jun 2014 nanti.

No comments:

Powered by Blogger.