Trailer Pertama Filem Sonic The Hedgehog Kini Diperlihatkan!


Paramount Pictures telah memperlihatkan trailer pertama filem adaptasi permainan video, iaitu filem  Sonic the Hedgehog. Dalam filem ini, watak Sonic diberikan suara oleh Ben Schwartz (Parks and Recreation, Night School, House of Lies), Saksikan trailer filem Sonic The Hedgehog di bawah :



Filem Sonic The Hedgehog merupakan filem gabungan aksi hidup dan CGI, dan barisan pelakon yang membarisi filem ini adalah seperti Jim Carrey sebagai Doctor Robotnik/ Eggman, James Marsden sebagai Tom Wachowski, Adam Pally (The Mindy Project, Iron Man 3) sebagai Tika Sumpter, dan Natasha Rothwell dalam watak yang masih belum didedahkan.

BERKAITAN : Filem Sonic The Hedgehog Dijadualkan Untuk Tayangan Pada 2019?

Filem Sonic The Hedgehog akan mengambil elemen daripada permainan video dengan tajuk yang sama, memfokuskan kepada usaha Sonic untuk mengagalkan usaha jahat Doctor Robotnik yang berusaha untuk mengumpulkan Chaos Emeralds. Ini merupakan kali pertama permainan video Sonic The Hedgehog diadaptasikan di layar perak, walaupun watak Sonic sendiri pernah muncul dalam filem Wreck-It Ralph dan Ready Player One.

Sonic the Hedgehog pertama kali diperkenalkan pada 1991 di permainan konsol SEGA Genesis. Pada 2016, watak itu disenaraikan dalam World Video Game Hall of Fame di The Strong National Museum of Play di Rochester, New York. Paling terbaharu, francais permainan video terkenal itu menyaksikan pelancaran 2 permainan baru, iaitu Sonic Mania dan Sonic Forces (PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One, PC). Keseluruhan jualan dalam siri tersebut mencatatkan jualan sebanyak lebih 360 juta unit.

Filem Sonic The Hedgehog dijadualkan untuk tayangan pada 8 November 2019. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post