Saksikan Trailer Terbaru Spider-Man: Far From Home - Multiverse Disahkan Wujud!

Sony Pictures dan Marvel Studios baru sahaja memperlihatkan trailer terbaru filem akan datang mereka, iaitu Spider-Man: Far From Home. Menampilkan beberapa sedutan baru dari filem, filem sambungan pengembaraan Spider-Man itu merupakan kesinambungan daripada kejadian yang berlaku dalam filem Avengers: Endgame.


PESANAN : KEPADA SESIAPA YANG MASIH BELUM MENONTON FILEM AVENGERS: ENDGAME, ELAKKAN DARI MELIHAT TRAILER INI JIKA KALIAN TAK SUKA DIDEDAHKAN DENGAN SPOILER!

Jika kalian telah menonton Avengers: Endgame, ataupun tak kisah dengan spoiler filem berkenaan, maka saksikan trailer filem Spider-Man: Far From Home di bawah :



Peter Parker kembali dalam filem Spider-Man: Far From Home yang merupakan sambungan kepada filem Spider-Man: Homecoming. Kali ini, Spider-Man mengambil keputusan untuk berehat dan bercuti ke negara Eropah bersama rakan-rakannya iaitu Ned, MJ, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, Parker terpaksa mengenepikan perancangan untuk bercuti dengan tenang apabila Nick Fury tiba-tiba muncul dan meminta bantuannya untuk merungkai misteri serangan-serangan makhluk elemental yang tiba-tiba muncul dan mendatangkan kemusnahan.


Dalam Trailer tersebut. Nick Fury (dilakonkan oleh Samuel L. Jackson) menyebut Quentin Beck (atau Mysterio, yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal) "from Earth, just not ours. The Snap tore a hole in our dimension". Dan Peter Parker menjawab "You're saying there's a multiverse?". Nampaknya, ini bakal membuka pintu baru untuk watak-watak lain dipaparkan dalam MCU. Adakah ini caranya watak seperti X-Men dan Fantastic Four akan diperkenalkan dalam MCU? Sama-sama kita nantikan.

Barisan pelakon untuk filem Spider-Man: Far From Home adalah Tom Holland (sebagai Peter Parker/ Spider-Man), Zendaya (sebagai MJ) dan Marisa Tomei (sebagai Aunt May). Jake Gyllenhaal akan melakonkan watak Mysterio, manakala Michael Keaton akan kembali sebagai Adrian Toomes/The Vulture. Berdasarkan trailer di atas juga, Samuel L. Jackson (Captain Marvel) dan Cobie Smulders turut akan muncul dalam filem ini dan menyambung watak mereka sebagai Nick Fury and Maria Hill.

Filem Spider-Man: Far From Home diarahkan oleh Jon Watts dan dijadualkan untuk tayangan pada 5 Julai 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post