Filem Spider-Man: Far From Home Adalah Filem Terakhir Dalam MCU Fasa 3?

Filem Avengers: Endgame yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia dianggap sebagai penutup satu dekad gemilang filem bertema superhero, dan merupakan pengakhiran kepada jalan cerita Infinity Saga. Jadi tidaklah mustahil jika ramai beranggapan filem tersebut juga merupakan filem terakhir dalam senarai Marvel Cinematic Universe (MCU) Fasa 3.



MCU ialah dunia di mana filem superhero wujud, dengan kini dipecahkan kepada 3 fasa berbeza. Namun pada minggu lalu, CEO Marvel Studios, Kevin Feige telah mengumumkan yang filem Spider-Man: Far From Home sebenarnya akan menjadi filem terakhir dalam MCU Fasa 3, dan bukannya filem pertama untuk MCU Fasa 4. Untuk rekod, filem terakhir dalam MCU Fasa 2 adalah filem Ant-Man, bukannya Avengers: Age of Ultron.


Filem Spider-Man: Far From Home telah dijadualkan untuk tayangan pada 2 Julai 2019, dan mengambil tempat selepas kejadian yang berlaku dalam Avengers: Endgame.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post