Saksikan Trailer Terbaru Filem Men In Black: International 




Selama 2 dekad, Men In Black (MIB) mengharapkan bantuan Ejen J dan K untuk melindungi dan menyelamatkan Bumi dari ancaman makhluk asing yang tinggal secara rahsia di Bumi. Kini, tugas itu digalas oleh Chris Hemsworth (Ejen H) dan Tessa Thompson (Ejen M) yang ditampilkan dalam trailer terbaru filem Men in Black: International. Saksikan trailer filem Men In Black: International di bawah :


Untuk rekod, filem Men In Black : International bukanlah filem reboot 3 filem asal MIB sebelum ini. Sebaliknya, ia adalah filem spinoff kepada filem terdahulu, dengan hanya Emma Thompson sahaja yang menyambung wataknya sebagai Ejen O dari filem Men in Black 3. Watak utama baru yang ditampilkan untuk filem terbaru ini ialah Liam Neeson sebagai High T, yang mengetuai cawangan MIB di London, dan merupakan ketua kepada Ejen H dan M.


Walaupun kebanyakan aksi akan mengambil tempat di UK, akan ada pengembaraan di seluruh dunia untuk merungkai konspirasi yang wujud. Sudah tentunya keserasian antara Hemsworth dan Thompson tak perlu diperkenalkan lagi, seperti mana yang ditunjukkan oleh kedua-dua pelakon itu yang tampil sebagai Thor dan Valkyrie dalam filem Avengers: Endgame


Berikut adalah penjelasan rasmi trailer filem Men In Black: International dari Sony :

“The Men in Black have always protected the Earth from the scum of the universe. In this new adventure, they tackle their biggest, most global threat to date: a mole in the Men in Black organization.”

Filem Men in Black: International dijadualkan untuk tayangan pada 14 Jun 2019. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post