Chris Hemsworth Bakal Muncul Dalam Filem Baru Men In Black?



Chris Hemsworth Bakal Muncul Dalam Filem Baru Men In Black?


The Hollywood Reporter (THR) melaporkan yang Chris Hemsworth (Thor) kini dalam perbincangan untuk muncul dalam filem baru Men In Black. THR turut melaporkan plot awal filem baru berkenaan yang akan menampilkan set di London dan menampilkan kombinasi pelakon baru.



Filem spinoff Men in Black yang masih belum diberi tajuk itu tidak akan menampilkan Will Smith atau Tommy Lee Jones, tetapi akan mengembangkan lagi trilogi asal filem tersebut. Filem baru ini akan diarahkan oleh F. Gary Gray (Straight Outta Compton, The Fate of the Furious) dan ditulis oleh Matt Holloway & Art Marcum (Iron Man, Transformers: The Last Knight). Penerbit asal filem terdahulu, Walter Parkes dan Laurie MacDonald akan kembali dengan Steven Spielberg bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Filem asal Men in Black, menampilkan Will Smith dan Tommy Lee Jones, tampil 20 tahun lepas dan berjaya mencatatkan kutipan sebanyak USD589 juta. Filem sambungannya pada tahun 2002, Men in Black II, mengutip USD441 juta, manakala MIB 3 (2012) berjaya mengutip USD642 juta. Barry Sonnenfeld mengarahkan ketiga-tiga filem berkenaan. 

Filem baru Men in Black ini dijadualkan untuk tayangan pada 14 Jun 2019.



Sumber Comingsoon

No comments:

Powered by Blogger.