Pengarah F. Gary Gray dikhabarkan dalam proses rundingan untuk mengarahkan kesinambungan filem Men In Black. Adakah Will Smith dan Tommy Lee Jones akan kembali? Jawapannya tidak, kerana ianya dikatakan merupakan reboot kepada siri filem berkenaan. 



Deadline melaporkan yang Gray, di mana telah juga mengarahkan biopik Straight Outta Compton dan The Italian Job, dikatakan sedang dalam perbincangan untuk mengarahkan filem reboot Men In Black untuk Sony. Seperti filem-filem terdahulu, filem terbaru juga akan berkisarkan agensi rahsia yang memantau dan mengawal makhluk asing yang tinggal di Bumi.

Gray semestinya antara orang yang sesuai mengarahkan filem baru berkenaan, di mana resumenya termasuklah Set It Off, Friday dan Straight Outta Compton — yang telah memungut lebih USD200 juta di box office dengan bajet hanya USD28 juta, dan berjaya dicalonkan untuk anugerah Oscar untuk kategori Lakonlayar Asal Terbaik. Gray baru-baru ini telah mengarahkan filem The Fate of the Furious, yang mencatatkan kutipan yang memberangsangkan di pasaran antarabangsa.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post