SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Monday, April 29, 2019

Anthony Dan Joe Russo Tidak Lagi Terlibat Dengan MCU Selepas Avengers: Endgame?

Anthony Dan Joe Russo Tidak Lagi Terlibat Dengan MCU Selepas Avengers: Endgame?

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Anthony dan Joe Russo telah menghasilkan beberapa filem box office untuk Marvel Cinematic Universe, menjadikan mereka antara pengarah filem yang dicari-cari untuk menghasilkan filem hebat. Selepas beberapa tahun melibatkan diri dalam filem bertema superhero, kini nampaknya mereka telah bersedia untuk keluar dari ruang lingkup berkenaan selepas selesai filem Avengers: Endgame yang dianggap ramai sebagai filem terakhir mereka untuk Marvel Studios.


Dalam satu temubual bersama GamesRadar, Anthony Russo mengesahkan yang mereka tiada apa-apa lagi kontrak filem terbaru dengan Marvel Studios selepas Avengers: Endgame. Menurutnya :

“It’s our Endgame, at least for now. We don’t have any plans for now to make any more Marvel movies.”
Walaupun begitu, Anthony masih lagi terbuka tentang kemungkinan mereka kembali ke francais filem MCU, melihatkan kepada hubungan mereka dengan Marvel sebelum ini yang telahpun terjalin erat. Tambahnya lagi :

“It certainly may come up in the future at some point. We have a wonderful working relationship with [Marvel Studios] and a great passion for what they’re doing.”

Anthony dan Joe Russo dijadualkan untuk sekali lagi bekerjasama dengan pelakon Spider-Man, iaitu Tom Holland dalam filem terbaru mereka, dengan skala yang lebih kecil berbanding filem besar seperti Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame. Menurutnya :

“We’re going to shift gears and direct a much smaller movie this summer with Tom Holland called Cherry, which is loosely based on a real story about a veteran of the Iraq War, who suffers from PTSD… gets a heroin addiction and ends up robbing banks to sustain that addiction.”

Walaupun filem Cherry hanya dijadualkan untuk tayangan pada tahun hadapan, peminat filem boleh menonton hasil kerja Anthony dan Joe Russo di pawagam sekarang, di mana filem Avengers: Endgame sedang giat ditayangkan di seluruh dunia.  

Pada hari pertama tayangan sahaja, filem Avengers: Endgame telah mencatatkan kutipan sebanyak USD169 juta, dan dijangka akan mencatatkan rekod baru kutipan filem di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment