Monsta Mengumumkan Tarikh Tayangan Filem Boboiboy Movie 2

Studio di sebalik siri animasi Boboiboy, iaitu Animonsta telahpun mengumumkan tarikh tontonan filem kedua mereka yang bertajuk BoBoiBoy Movie 2.


Menerusi video terbaru mereka di saluran YouTube Monsta, tarikh tontonan umum filem ini adalah pada 8 Ogos 2019, tidak sampaipun 3 bulan akan datang, sejajar dengan musim cuti sekolah.

Hero penyelamat galaksi itu akan berhadapan dengan watak penjahat baru yang penuh misteri, iaitu Retak’ka yang mahukan kuasa Elemental dari BoBoiBoy. BoboiBoy dan pasukannya perlu berganding bahu untuk menghalang Retak’ka dari melaksanakan misi jahatnya.

Selain itu, filem BoboiBoy Movie 2 juga dikhabarkan akan menampilkan satu watak baru, iaitu Pipi Zola, anak perempuan Kebenaran! Saksikan gelagat Pipi Zola yang bermain dengan telefon bimbit Papa Zola di Instagram Papa Zola, yang boleh dilawati di @papapipizola.

Filem BoBoiBoy Movie 2 sudah dinantikan oleh ramai peminat cilik di seluruh Malaysia. Tak sabar kami nantikan reaksi peminat-peminat cilik ini apabila filem tersebut ditayangkan nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post