Liam Neeson Bakal Kembali Dalam Filem Aksi Baru - Bertajuk The Minuteman

Liam Neeson pernah muncul sebagai Qui-Gon Jinn dalam filem Star Wars: Episode 1 - The Phantom Menace, Ra's al Ghul dalam filem Batman Begins, Zeus dalam filem Clash of the Titans, Bryan Mills dalam siri filem Taken, dan memberikan suara kepada watak Aslan dalam siri filem The Chronicle's of Narnia. Kini Liam Neeson bakal muncul dalam filem aksi terbaru, iaitu The Minuteman.


Filem The Minuteman diarahkan oleh Robert Lorenz, dengan skripnya ditulis bersama dengan Chris Charles dan Danny Kravitz. Penggambaran akan dimulakan pada September ini di New Mexico. Neeson akan melakonkan watak veteran perang Vietnam yang cuba menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang diancam sebuah kartel merbahaya.


Untuk rekod, Neeson akan kembali ke layar perak pada 14 Jun ini apabila filem Men In Black: International ditayangkan. Turut tampil dalam filem tersebut adalah Chris Hemsworth dan Tessa Thompson, yang baru sahaja tampil dalam filem Avengers: Endgame.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post