Saksikan Trailer Filem Maleficent: Mistress of Evil - Angelina Jolie Kembali Sebagai Maleficent


Walt Disney Pictures telah memperlihatkan trailer pertama filem akan datang mereka, iaitu filem sambungan Maleficent (2014) yang diberi tajuk Maleficent: Mistress of Evil. Saksikan trailer filem Maleficent: Mistress of Evil di bawah :


Filem Maleficent: Mistress of Evil merupakan filem fantasi yang mengambil latar beberapa tahun selepas kejadian dalam filem Maleficent (2014). Filem ini terus meneroka hubungan kompleks antara watak Maleficent dan Puteri Aurora selepas mereka mewujudkan jalinan baru antara kerajaan mereka, di samping mempertahankan kerajaan Moors dan mahhluk ajaib yang wujud di situ dari ancaman baru.

Pemenang Anugerah Oscar dan Golden Globe Angelina Jolie (Girl, Interrupted, Wanted) dan Elle Fanning (The Beguiled, Super 8) menyambung watak mereka sebagai Maleficent dan Puteri Aurora. Michelle Pfeiffer (Murder on the Orient Express, Ant-Man and the Wasp) akan membawakan watak Permaisuri Ingrith. Turut tersenarai adalah Chiwetel Ejiofor (Doctor Strange, 12 Years a Slave), Ed Skrein (Deadpool, Game of Thrones), Robert Lindsay (My Family, Wimbledon), dan Harris Dickinson (The Darkest Minds, Trust).

Filem ini diarahkan oleh Joachim Rønning (Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales, Kon-Tiki) dan ditulis oleh Linda Woolverton (Alice in Wonderland, Beauty and the Beast) dan Micah Fitzerman-Blue & Noah Harpster (Transparent).

Filem Maleficent: Mistress of Evil akan ditayangkan di pawagam pada 18 Oktober 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post