20th Century Fox telahpun mendedahkan trailer dan poster terbaru untuk filem Taken 3, diarahkan oleh Olivier Megaton dan masih diterajui oleh Liam Neeson, dan turut dibintangi oleh Forest Whitaker, Famke Janssen dan Maggie Grace. Filem ini dijadualkan untuk tayangan pada 9 Januari 2015.


Dalam filem Taken 3 ini, Liam Neeson kembali sebagai bekas perisik khas, Bryan Mills, yang kembal berhubung dan berbaik dengan bersama bekas isterinya tersekat apabila bekas isterinya itu ditemui dibunuh dengan kejam. Marah dengan apa yang berlaku dan dituduh sebagai suspek  utama, dia menjadi pelarian dalam usaha mengelakkan diri daripada CIA, FBI and the police. Untuk kali yang terakhir, Mills mesti menggunakan kemahiran dan kebijaksanaannya untuk menjejaki pembunuh sebenar, dan melindungi satu-satunya orang yang penting bagi dirinya sekarang - iaitu anak perempuannya. 


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post