Trailer Untuk Filem Animasi Justice League: Throne Of Atlantis (2015) Diperlihatkan!



Ditunjukkan awal tahun ini dalam post credit scene untuk Justice League: War, Warner Bros. Animation (melalui Newsarama) telah memperlihatkan trailer untuk filem animasi Justice League: Throne of Atlantis yang boleh dilihat di bawah :


Dengan mengadaptasikan siri komik oleh Geoff Johns, filem animasi ini akan menonjolkan watak Aquaman yang akan berhadapan dengan rakan-rakan superhero lainnya di samping saudaranya sendiri, Orm and Black Manta.

Matt Lanter akan meminjamkan suara bagi watak Arthur Curry (Aquaman) dalam filem animasi ini, di samping Jason O’Mara sebagai Batman, Shemar Moore sebagai Cyborg, Christopher Gorham sebagai The Flash, Sean Astin sebagai Shazam, Nathan Fillion sebagai Green Lantern, Rosario Dawson sebagai Wonder Woman, dan Jerry O’Connell sebagai Superman.

Justice League: Throne of Atlantis akan dikeluarkan dalam bentuk digital, DVD dan Blu-ray pada awal 2015.


Sumber dari Comingsoon

No comments:

Powered by Blogger.