Selepas Dikritik, Tarikh Tayangan Filem Sonic The Hedgehog Ditunda!

Selepas Dikritik Hebat, Tarikh Tayangan Filem Sonic The Hedgehog Ditunda!

Selepas dikritik para peminat berkaitan rekaan watak Sonic dalam trailer pertama filem Sonic The Hedgehog, kini terdapat pengumuman yang tarikh tayangan filem berkenaan bakal ditunda pula, untuk memberi laluan kepada rekaan semula terhadap watak Sonic. 


Pengarahnya, Jeff Fowler membuat pengumuman tersebut melalui Twitter, beserta tanda pagar "#novfxartistswereharmedinthemakingofthismovie".


Fowler merupakan orang yang mula-mula menggunakan medium dalam talian untuk menjawab kritikan terhadap filem Sonic The Hedgehog, yang pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada November ini, yang secara spesifik mengkritik tentang rekaan watak Sonic. "Thank you for the support. And the criticism," tulis Fowler. "The message is loud and clear... You aren't happy with the design & you want changes. It's going to happen. Everyone at Paramount & Sega are fully committed to making this character the BEST he can be...".

Filem Sonic The Hedgehog kini hanya akan ditayangkan di pawagam pada 14 Februari 2020 di Amerika Syarikat, dan ini sudah tentunya menyebankan perubahan tarikh tayangan di seluruh dunia. 


No comments:

Powered by Blogger.