Yang Ditunggu Telah Tiba - Saksikan Trailer Filem Terminator: Dark Fate


Selepas berkongsikan poster pertama filem Terminator: Dark Fate, kini diperlihatkan pula trailer pertama filem berkenaan. Saksikan trailer Terminator: Dark Fate di bawah :


BERKAITAN : Poster Filem Terminator: Dark Fate Menyaksikan Kembalinya Sarah Connor Ke Francais Filem Berkenaan

Filem Terminator: Dark Fate yang merupakan sambungan terus dua filem asal Terminator (iaitu The Terminator dan Terminator 2: Judgment Day), sekaligus mengenepikan jalan cerita filem sambungan yang lain seperti Rise Of The Machines, Salvation, dan Genisys. Filem ini menyaksikan kembalinya watak Sarah Connor, lakonan Linda Hamilton sebagai heroin filem tersebut, di samping watak Terminator baharu.
Dari trailer, watak terbaharu ditampilkan adalah Dani Ramos (dilakonkan oleh Natalia Reyes), seorang wanita biasa yang hidupnya bertukar akibat diburu oleh android pembunuh dari masa depan. Di saat inilah Sarah Connor (watak dilakonkan kembali oleh Linda Hamilton selepas hampir 30 tahun) muncul selaku penyelamat.

Gabriel Luna (Robbie Reyes/ Ghost Rider dalam siri TV Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D.) tampil sebagai Terminator terbaharu, yang mempunyai endoskeleton hitam dan lapisan luar keluli cair seperti Terminator T-1000 sebelum ini. Bukan Sarah Connor sahaja yang cuba melindungi Dani, watak Grace (lakonan Mackenzie Davis) yang merupakan separuh-Terminator, separuh-manusia juga turut membantu.

Akhirnya, diperlihatkan pandang pertama watak lakonan Arnold Schwarzenegger, iaitu Terminator asal yang kini kelihatan telah berusia.

Filem Terminator: Dark Fate bakal ditayangkan pada 1 November 2019 ini.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post