Poster Filem Terminator: Dark Fate Menyaksikan Kembalinya Sarah Connor Ke Francais Filem Berkenaan


Teaser trailer pertama dijangka bakal ditayangkan pada esok (hari ini jika waktu Malaysia), dan sebelum itu, Paramount Pictures telah memperlihatkan poster pertama filem Terminator: Dark Fate yang merupakan sambungan terus dua filem asal Terminator (iaitu The Terminator dan Terminator 2: Judgment Day). Filem ini menyaksikan kembalinya watak Sarah Connor, lakonan Linda Hamilton sebagai heroin filem tersebut. Saksikan poster filem Terminator: Dark Fate di bawah :


Walaupun tidak banyak diketahui tentang filem ini, dijangkakan pelakon-pelakon utama filem asal akan muncul kembali dalam filem ini. Arnold Schwarzenegger akan menyambung wataknya sebagai cyborg, manakala Linda Hamilton sendiri menyambung watak yang ditinggalkannya selama hampir 30 tahun. James Cameron, penulis dan pengarah asal dua filem asal turut kembali sebagai penerbit untuk filem Terminator: Dark Fate.
Selain Hamilton dan Schwarzenegger, filem Terminator: Dark Fate turut akan menampilkan muka baru seperti Mackenzie Davis (Blade Runner 2049), Natalia Reyes (Birds of Passage) dan Gabriel Luna (siri TV Marvel’s Agents of S.H.I.E.L.D.).

Filem Terminator: Dark Fate bakal ditayangkan pada 1 November 2019 ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post