John Wick: Chapter 3 - Parabellum Kini Ditayangkan, Tetapi Telah Ada Pengumuman Untuk Filem John Wick: Chapter 4!

Filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum kini sedang rancak ditayangkan di pawagam, tetapi ini tidak menghalang studio perfilemannya mengumumkan sambungan filem berkenaan!

Laporan rasmi menyatakan yang filem John Wick: Chapter 4 telahpun diumumkan tayangannya pada 21 Mei 2021! Filem John Wick mendapatkan sambutan menggalakkan penonton, dan tidaklah menghairankan dengan penayangan filem ketiga sekarang ini dan mencatatkan rekod kutipan membanggakan untuk setiap filem, satu rekod yang jarang disaksikan untuk penghasilan filem-filem sambungan. Para penonton bukan sahaja tertarik dengan 'kaliber' Keanu Reeves yang melakonkan watak utama selaku pembunuh upahan bersara yang digelar 'The Boogeyman', tetapi juga latar belakang dunia pembunuh upahan yang elit dan mempunyai kod dan peraturan yang perlu dipatuhi, menjadikannya berlainan daripada filem lain bertemakan pembunuh upahan.
Filem terbarunya, John Wick: Chapter 3 - Parabellum yang kini giat ditayangkan, mencatatkan kutipan box office sebanyak USD56.8 juta dan menggantikan kedudukan filem Avengers: Endgame yang selesa selama 3 minggi di kedudukan kutipan tertinggi domestik. Walaupun filem ketiga itu dijangka sebagai filem terakhir dalam francais berkenaan, sudah jelas yang pengarahnya, Chad Stahelski dan Reeves sendiri masih belum bersedia menamatkan siri berkenaan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post