Robert Pattinson Dipilih Sebagai Pemegang Terbaharu Watak Batman? 

Akhirnya, pengumuman yang dinantikan muncul jua. Siapakah pembawa watak baru Batman dalam filem solo reboot Batman terbaru arahan Matt Reeves? Laporan dari Variety menyatakan pelakon yang berjaya ditawarkan watak berkenaan adalah pelakon utama dari siri filem Twilight, yang melakonkan pontianak bernama Edward Cullen, iaitu Robert Pattinson!

Pattinson dilaporkan telah menandatangani kontrak untuk melakonkan watak Batman, menggantikan Ben Affleck yang sepatutnya mengarahkan filem tersebut dan meneruskan kesinambungan watak berkenaan dari filem Justice League, tetapi meninggalkan projek berkenaan selepas timbul beberapa isu tentang masa depan filem berkenaan dan DCEU secara keseluruhan.

BERKAITAN : Bilakah Filem The Batman Akan Ditayangkan Kepada Umum?

Filem The Batman akan memfokuskan watak Batman diawal kemunculannya, sehinggalah dikenali sebagai World's Greatest Detective. Masih belum disahkan bila penggambaran akan dimulakan, tetapi dengan pengumuman pelakon utama, sudah tentu akan perkembangan terbaru tidak lama lagi.

Filem The Batman dijadualkan untuk tayangan pada 25 Jun 2021.

Bagaimana, setuju dengan pemilihan terbaru Batman ini? Nantikan berita selanjutnya dari kami tentang perkembangan terbaru filem ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post