Saksikan Trailer Filem Ip Man 4 - Filem Ip Man Terakhir?


“I am a martial artist. In the face of injustice, I must stand up and fight. That was why we took up martial arts. Shouldn’t we use Chinese martial arts to change foreigners’ biases against us?”

Itulah dialog yang diungkapkan oleh Ip Man (watak dilakonkan oleh Donnie Yen) dalam trailer filem Ip Man 4, filem terbaru dan mungkin terakhir dalam siri filem Ip Man. Sakskan trailer filem Ip Man 4 di bawah : 


Walaupun adegan dalam trailer tersebut kebanyakannya adalah adegan imbasan dari filem-filem Ip Man terdahulu, Ip Man diperlihatkan meninggalkan negaranya untuk ke San Francisco, Amerika Syarikat selepas anak muridnya yang paling terkenal, Bruce Lee mencetuskan kontroversi apabila membuka sekolah Wing Chun di Amerika. Walau bagaimanapun, masih belum ada sinopsis lengkap tentang filem tersebut.

Filem Ip Man 4 diarahkan oleh Wilson Yip, dan akan turut menampilkan pelakon seperti Scott Adkins dan Vanness Wu.

Filem Ip Man 4 dijadualkan untuk tayangan pada Julai 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post