Filem Baru Terminator Akan Memulakan Penggambaran Jun Tahun Ini?

Menghampiri ulangtahun ketiga penghasilan filem Terminator Genisys, pelakon Arnold Schwarzenegger mengumumkan yang filem terbaru dalam francais filem berkenaan akan memulakan penggambaran pada musim panas ini, iaitu pada bulan Jun.



Arnold menyatakan dalam satu temubual:

“We are starting to shoot Terminator 6 in June to the middle of October, so I am in that. I am looking forward to coming back as the T-800 model. It’s gonna be great with Tim Miller as the director and Jim Cameron is kind of supervising the whole thing.”

Pengarah filem Deadpool, Tim Miller akan mengarahkan filem ini, yang dikhabarkan akan memulakan trilogi baru filem Terminator, dan merupakan sambungan terus kepada filem Terminator 2: Judgment Day, dengan mengenepikan filem Terminator 3: Rise of the Machines, Terminator: Salvation, dan Terminator Genisys. Linda Hamilton juga akan turut kembali sebagai versi "pejuang veteran" Sarah Connor. Filem baru Terminator dijadualkan untuk tayangan pada 26 Julai 2019.

Cameron, yang akan memperolehi semula hak tayangan filem Terminator pada 2019, akan menerbitkan siri filem baru tersebut bersama David Ellison dari Skydance. Pembikin filem itu pada asalnya menjual hak filem asal dengan nilai hanya USD1 kepada penerbit Gale Anne Hurd, dengan perjanjian bahawa dia dibenarkan untuk mengarahkan filem The Terminator, dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger. Filem tersebut mencatatkan kutipan USD78.4 juta, dan diatasi dengan sambungan filem berkenaan yang juga diarahkan, Terminator 2: Judgment Day, yang mencatatkan kutipan USD519.8 juta.

Sumber Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post