Sebuah Lagi Filem Kepolisan, KL Special Force Akan Ditayangkan


Sebuah Lagi Filem Kepolisan, KL Special Force Akan Ditayangkan 

Sebuah lagi filem tempatan, bertajuk KL Special Force bakal ditayangkan beberapa hari lagi. Filem arahan Syafiq Yusof ini berkisarkan tentang dunia kepolisan. Diedarkan oleh Skop Production dan Astro Shaw, filem ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Syamsul Yusof, Rosyam Nor dan Fattah Amin.



Filem bergenre aksi ini mengisahkan sepasukan polis berusaha menumpaskan sekumpulan perompak bersenjata yang banyak melakukan rompakan bank, yang turut dianggotai oleh salah seorang pegawai polis dalam penyamaran.

Filem KL Special Force dijadualkan untuk tayangan pada 8 Mac 2018.


No comments:

Powered by Blogger.