Filem Wonder Woman 1984 Kemungkinan Dipasarkan Terus Ke Saluran Digital

Buat masa ini, filem Wonder Woman 1984 masih dijadualkan untuk tayangan pada 4 Jun 2020. Walau bagaimanapun, penularan wabak COVID-19 menyebabkan beberapa studio perfileman telah menangguhkan tarikh tayangan filem-filem mereka. Terbaharu, laporan menyatakan yang Warner Bros. berkemungkinan akan membatalkan terus tayangan filem Wonder Woman 1984 di layar perak, sebaliknya akan terus membawakannya ke saluran digital.


Menurut sumber dari TheWrap, perbincangan awal menyatakan yang Warner Bros. membincangkan tentang alternatif yang boleh digunakan untuk mengelakkan tarikh tayangan filem mereka ditunda, termasuklah menggunakan saluran penstriman sebagai saluran alternatif.

Semua kemungkinan akan diambil kira oleh Warner Bros. sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan filem Wonder Woman 1984. Akibat penularan wabak COVID-19, kebanyakan studio perfileman telah menangguhkan tarikh tayangan filem-filem mereka. Penangguhan ini akan menyebabkan studio-studio perfileman ini terpaksa 'berebut' tarikh tayangan apabila pawagam dibuka semula nanti selepas praktik social distancing ditarik balik.

Komen

Previous Post Next Post