Sambungan filem Minions kini menjadi filem terbaharu yang turut ditangguhkan tayangan akibat penularan COVID-19.



Filem terbaharu terbitan Illumination berkenaan, diberi tajuk Minions: Rise of Gru, telah dijadualkan untuk tayangan antara Jun atau Julai 2020 (bergantung kepada lokasi), namun penularan COVID-19 menyebabkan proses pasca-produksi tertangguh, dan susulan itu akan menjejaskan tarikh tayangan filem berkenaan. Saksikan trailer filem Minions: Rise of Gru seperti di bawah :



Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh studio perfileman Illumination :

"In response to the severity of the situation in France, we are temporarily closing our Illumination Mac Guff studio in Paris. With this decision, we are abiding by the French Government's guidelines and doing everything possible to slow the spread of the virus as we care for our artists and their families. This means we will be unable to finish "Missions: The Rise of Gru" in time for our planned global releases in late June and early July. While we all grapple with the enormity of this crisis, we must put the safety and protection of our employees above all. We look forward to finding a new release date for the return of Gru and the Minions."

Filem Minions: Rise of Gru merupakan sambungan kepada filem Minions yang ditayangkan pada 2015 dan merupakan spinoff kepada trilogi filem Despicable Me.

KOMEN

Previous Post Next Post