Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, Mary Elizabeth Winstead merupakan pelakon terbaharu yang diumumkan akan muncul dalam siri Disney+ terbaharu iaitu Star Wars: Ahsoka, berkisarkan tentang watak Jedi Ahsoka Tano.

Watak yang bakal dilakonkan oleh Winstead masih lagi belum diumumkan, dan beliau akan bersama-sama tampil dalam siri tersebut bersama-sama watak lain yang telah diumumkan lebih awal iaitu Hayden Christensen (melakonkan semula watak Anakin Skywalker/ Darth Vader dari filem Star Wars: Episode I hingga III), Ivanna Sakhno, dan Natasha Liu Bordizzo.

BERKAITANWatak Ahsoka Tano Bakal Ditampilkan Dalam Musim Kedua The Mandalorian

Sebelum ini, beliau pernah muncul dalam siri TV Birds of Prey (2019), selain pernah muncul di samping Will Smith dalam filem Gemini Man. 


Rosario Dawson melakonkan watak Ahsoka Tano, dan pertama kali muncul dalam satu lagi siri Disney+, iaitu The Mandalorian. Siri terbaharu Star Wars: Ahsoka itu dijangka akan mengembangkan lagi kisah latar belakang watak tersebut, yang sebelum ini hanya hampil dalam siri animasi Clone Wars (2008) yang akhirnya dijadikan siri TV dan akhirnya dikembangkan kepada siri-siri lain seperti Star Wars Rebels.

Star Wars: Ahsoka dijangka akan memulakan penggambaran pada bulan Mac 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post