Tunda lagi?


Begitulah nasib filem Mission: Impossible 7 dan Mission: Impossible 8, yang sekali lagi ditunda tarikh tayangannya.

Tarikh tayangan filem aksi terbaharu dalam francais filem aksi Mission: Impossible itu kini secara tentatif dianjakkan ke tahun 2023 dan 2024. Secara tepatnya, filem Mission: Impossible 7 akan ditayangkan pada 13 Julai 2023, manakala Mission: Impossible 8 pula dijadualkan untuk tayangan pada 28 Jun 2024.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh produksi filem tersebut dan syarikat penerbitan,

“After thoughtful consideration, Paramount Pictures and Skydance have decided to postpone the release dates for Mission: Impossible 7 & 8 in response to delays due to the ongoing pandemic. The new release dates will be July 14, 2023, and June 28, 2024, respectively,” the companies said in a joint statement. “We look forward to providing moviegoers with an unparalleled theatrical experience.”

BERKAITAN: Rasmi! Filem Top Gun: Maverick Dan Mission Impossile 7 Ditunda Lagi

Mission: Impossible 7 telahpun selesai menjalani penggambaran, manakala filem Mission: Impossible 8 pula telahpun memulakan penggambarannya.

BERKAITAN : Penggambaran Filem Mission: Impossible 7 Dihentikan Akibat Coronavirus

Francais filem Mission: Impossible telahpun bertahan selama 25 tahun dan telah menghasilkan 6 buah filem, dengan tarikan utamanya adalah aksi lagak ngeri yang semakin mendebarkan di setiap filem sambungannya. Filem terbaharunya, iaitu Mission Impossible: Fallout, mencatatkan kutipan lebih USD790 juta di seluruh dunia.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post