Penggambaran Filem Mission: Impossible 7 Dihentikan Akibat Coronavirus

Deadline melaporkan yang penggambaran filem terbaharu Mission: Impossible 7 di di Venice, Itali telah dihentikan serta-merta apabila kerajaan tempatan mengeluarkan arahan untuk menghentikan segala aktiviti perhimpunan awam selepas terdapatnya peningkatan jangkitan kes coronavirus di Itali yang kini merekodkan sebanyak 219 kes.


BERKAITAN: Siapakah Pelakon Terbaharu Yang Diumumkan Untuk Tampil Dalam Filem Mission: Impossible 7?

Pada awalnya, pihak produksi Mission: Impossible 7 telah menetapkan tempoh selama 3 minggu untuk menyelesaikan penggambaran di Venice sebelum berpindah ke lokasi lain.Walau bagaimanapun dengan perkembangan terbaharu ini, berkemungkinan kru penggambaran akan dipindahkan ke lokasi lain penggambaran ataupun kembali ke negara asal mereka sehinggalah keadaan menjadi reda.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Paramount :

“Out of an abundance of caution for the safety and well-being of our cast and crew, and efforts of the local Venetian government to halt public gatherings in response to the threat of coronavirus, we are altering the production plan for our three-week shoot in Venice, the scheduled first leg of an extensive production for Mission: Impossible 7. During this hiatus, we want to be mindful of the concerns of the crew and are allowing them to return home until production starts. We will continue to monitor this situation, and work alongside health and government officials as it evolves.”

Selain Tom Cruise, Pom Klementieff (Guardians of the Galaxy Vol. 2), Shea Whigham (Joker), dan Haley Atwell (Avengers: Endgame), filem Mission: Impossible 7 akan menampilkan semula "muka-muka wajib" filem Mission: Impossible seperti Rebecca Ferguson (Doctor Sleep), Simon Pegg (Ready Player One) dan Ving Rhames (Pulp Fiction).

Francais Mission: Impossible mempunyai sejarah hampir 25 tahun dan dengan 6 buah filem, dengan tarikan utamanya adalah aksi lagak ngeri yang semakin mendebarkan di setiap filem sambungannya. Filem terbaharunya, iaitu Mission Impossible: Fallout, mencatatkan kutipan lebih USD790 juta di seluruh dunia.

Studio penerbitan Paramount telah menetap tarikh tayangan filem Mission: Impossible 7 adalah pada 23 Julai 2021, manakala filem Mission: Impossible 8 ditetapkan untuk tayangan pada 5 Ogos 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post