Waktu tayangan rasmi filem The Batman arahan Matt Reeves akhirnya didedahkan! The Batman menampilkan Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne/ Batman terbaharu, dan dimaklumkan waktu tayangannya juga agak panjang.

Menurut laporan Variety, filem terbaharu DC itu berdurasi tayangan selama 2 jam 47 minit, tidak termasuk kredit akhir. Ini menjadikannya filem Batman dengan durasi tayangan paling lama, dan filem bertema superhero ketiga dengan durasi tayangan paling lama, selepas filem Avengers: Endgame (3 jam), dan Zack Snyder’s Justice League (4 jam).

BERKAITAN: Gambar Sut Batman Terbaharu 'Diintai' Di Set Penggambaran Filem The Batman

Sinopsis filem The Batman adalah seperti berikut :

“Two years of stalking the streets as the Batman, striking fear into the hearts of criminals, has led Bruce Wayne deep into the shadows of Gotham City,” reads the synopsis. “With only a few trusted allies — Alfred Pennyworth, Lt. James Gordon — amongst the city’s corrupt network of officials and high-profile figures, the lone vigilante has established himself as the sole embodiment of vengeance amongst his fellow citizens.”

Filem The Batman dibintangi oleh Robert Pattinson yang melakonkan watak Bruce Wayne/ Batman, di samping Zoë Kravitz (sebagai Selina Kyle), Paul Dano (sebagai Edward Nashton/ Riddler), Jeffrey Wright (sebagai James Gordon), John Turturro (sebagai Carmine Falcone), Andy Serkis (sebagai Alfred) dan Colin Farrell (sebagai Oswald Cobblepot/ Penguin).

BERKAITAN: Saksikan Trailer Pertama Filem The Batman - Menampilkan Robert Pattinson

Filem The Batman dijadualkan untuk tayangan di pawagam bermula 4 Mac 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post