Pelakon Moon Knight, Gaspard Ulliel dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika bermain ski. Beliau berumur 37 tahun. Kematian pelakon tersebut dilaporkan berlaku di kawasan pergunungan Alps, yang merupakan lokasi terkenal untuk bermain ski.


Gaspard, yang juga merupakan model untuk wangian jenama Bleu de Chanel, sebelum ini melakonkan watak Hannibal Lecter dalam filem Hannibal Rising (2007), selain mendapat pujian apabila melakonkan watak Yves Saint Laurent dalam filem Saint Laurent (2014). Mendiang sepatutnya muncul dalam siri Disney+ terbaharu, iaitu Moon Knight dan melakonkan watak Anton Mogart/Midnight Man yang dijadualkan untuk tayangan bermula 30 Mac 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post