Sejak Jon Watts menarik diri sebagai pengarah filem Fantastic Four, Marvel Studios giat mencari pengganti untuk mengisi kekosongan tersebut. Apatah lagi sejak kemunculan Mr. Fantastic dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, keterujaan peminat komik untuk melihat kemunculan keluarga superhero pertama Marvel itu semakin memuncak. Namun kini, nampaknya Marvel seLain hampir menemui pengganti untuk mengisi kekosongan tersebut.

Menurut laporan oleh The Direct dan turut disahkan oleh The Hollywood Reporter, pengarah siri Disney+ WandaVision, Matt Shakman dilaporkan dalam perbincangan untuk mengambil alih kerusi pengarah filem Fantastic Four. Shakman sebelum ini turut terpilih untuk mengarahkan filem Star Trek 4, namun jika terpilih, beliau mungkin terpaksa memilih antara keduanya kerana tarikh tayangan kedua-dua filem tersebut sangatlah hampir antara satu sama lain. (KEMASKINI: SuperheroHype melaporkan Shakman telah menarik diri dari mengarahkan filem Star Trek 4).

BERKAITAN: MCU Fasa 6 Diumumkan - Dimulakan Dengan Filem Fantastic Four!

Shakman pada awalnya mencipta nama  sebagai pengarah siri TV sebelum terpilih mengarahkan WandaVision. Beberapa siri TV yang menerima sentuhannya adalah seperti The Boys, Game of Thrones, Fargo, Mad Men, Succession, dan It’s Always Sunny in Philadelphia

Sekiranya Shakman terpilih dan menerima tawaran sebagai pengarah Fantastic Four, cabaran seterusnya adalah untuk memuktamadkan barisan pelakon utama filem tersebut. Walaupun watak Mr. Fantastic dilakonkan oleh John Krasinski muncul dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, ianya masih dianggap sebagai cameo semata-mata untuk memenuhi hasrat peminat yang telahpun fan-casting John Krasinki sebagai Reed Richard sejak sekian lama, dan tiada pengesahan yang beliau akan kembali melakonkan watak tersebut. Filem Fantastic Four terakhir ditayangkan pada tahun 2015 mendapat kritikan teruk dari peminat komik sehingga mengundang pelakon-pelakonnya meminta maaf.

BERKAITAN: Review Filem Fantastic Four (2015)

Watak Fantastic Four dicipta oleh Stan Lee dan Jack Kirby pada tahun 1961, menampilkan keluarga superhero pertama Marvel dan menjadi antara pasukan paling dikenali dalam rangkaian syarikat komik tersebut. Marvel Studios telah menyenaraikan filem Fantastic Four sebagai filem pertama dalam barisan projek MCU Phase 6 mereka, dan dijadualkan untuk tayangan pada 8 November 2024.



KOMEN ANDA

Previous Post Next Post