Akhirnya, studio Legendary telah mendedahkan barisan pelakon dan sinopsis rasmi sambungan filem Godzilla vs. Kong, yang juga merupakan filem kelima dalam francais MonsterVerse. Studio tersebut telah mengesahkan yang Rebecca Hall, Brian Tyree Henry dan Kaylee Hottle akan menyambung kembali watak mereka sebagai Ilene Andrews, Bernie Hayes dan Jia.

Sambungan filem Godzilla vs. Kong yang masih belum mempunyai tajuk rasmi itu turut menyenaraikan barisan pelakon seperti Fala Chen, Alex Ferns, Rachel House dan pelakon utama, Dan Stevens.

BERKAITAN: Siri 'Live-Action' King Kong Akan Ditayangkan Di Disney+

Sinopsis rasmi filem sambungan Godzilla vs. Kong itu adalah seperti berikut:

This latest entry follows up the explosive showdown of Godzilla vs. Kong with an all-new cinematic adventure, pitting the almighty Kong and the fearsome Godzilla against a colossal undiscovered threat hidden within our world, challenging their very existence – and our own. The epic new film will delve further into the histories of these Titans, their origins, and the mysteries of Skull Island and beyond, while uncovering the mythic battle that helped forge these extraordinary beings and tied them to humankind forever.

Buat masa ini, sambungan filem Godzilla vs. Kong itu dijadualkan tayangannya pada 15 Mac 2024. Filem kelima dalam francais Monsterverse itu kembali diarahkan oleh Adam Wingard. 

BERKAITAN: Sambungan Filem Godzilla vs. Kong Kini Memulakan Penggambaran Di Australia

Filem Godzilla vs. Kong yang ditayangkan pada 2021 dibintangi oleh Alexander SkarsgÄrd, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall dan Brian Tyree Henry, dan mencatatkan kutipan keseluruhan lebih USD460 juta walaupun ditayangkan serentak di pawagam dan juga HBO Max.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post