Disney dilaporkan akan membangunkan siri live-action King Kong yang akan ditayangkan di saluran penstriman mereka, iaitu Disney+.

BERKAITAN: Tarikh Tayangan Sambungan Filem Godzila Vs. Kong Diumumkan!

Berdasarkan filem King Kong tahun 1933 oleh Merian C. Cooper, siri tersebut akan cuba menjelmakan semula 'keajaiban' yang ditampilkan dalam filem yang memperkenalkan asal-usul Kong. Variety melaporkan yang siri tersebut akan menelusuri sejarah Kong, selain menampilkan tempat asal Kong iaitu Skull Island. Siri tersebut juga akan memasukkan perincian dan elemen-elemen yang ditampilkan dalam novel terbaharu karya Joe DeVito.

Selain siri King Kong Disney+ ini, Netflix pula dilaporkan akan menghasilkan anime berkisarkan Skull Island. Sebelum ini, watak Kong kali terakhir dilihat di skrin apabila ditampilkan dalam filem Godzilla vs. Kong. Sambungan filem tersebut juga telahpun disahkan akan dihasilkan, dan sekali lagi akan diarahkan oleh Adam Wingard. 

Selain Disney dan Netflix, Apple juga turut sedang membangunkan siri live-action Godzilla, satu lagi raksasa dalam dunia Monsterverse Legendary Studios.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post