Agensi berita 7News Brisbane melaporkan yang produksi filem terbaharu studio perfileman Legendary, yang merupakan sambungan filem Godzilla vs. Kong, telahpun bermula di Australia. Sebelum ini, telahpun diumumkan yang tayangan film sambungan Godzilla vs. Kong itu dijadualkan pada 15 Mac 2024. 

BERKAITAN: Tarikh Tayangan Sambungan Filem Godzila Vs. Kong Diumumkan!

Buat mana ini, tiada filem lain yang dijadualkan akan bersaing dengan tarikh tayangan filem tersebut di pawagam. Namun, ianya akan ditayangkan dalam bulan yang sama dengan 2 buah lagi filem, iaitu filem A Quiet Place: Day One dan Spider-Man: Beyond the Spider-Verse.

Filem kelima dalam francais filem dinamakan Monsterverse itu akan diarahkan sekali lagi oleh Adam Wingard, dan dijadualkan untuk tayangan pada 15 Mac 2024.

Terdahulu, filem Godzilla vs. Kong (2021) yang dibintangi oleh Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall dan Brian Tyree Henry, mencatatkan kutipan melebihi USD460 juta di seluruh dunia.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post