Sekeping foto terbaharu Tenoch Huerta yang melakonkan watak Namor dalam filem terbaharu Marvel Studios, iaitu Black Panther: Wakanda Forever telah diperlihatkan!

BERKAITAN: Akhirnya, Trailer Filem Black Panther: Wakanda Forever Diperlihatkan!

Foto tersebut adalah perkongsian eksklusif untuk majalah Empire, menampilkan perincian untuk watak Namor yang kali pertama ditampilkan dalam filem MCU. Ianya diinspirasikan dari budaya dan sejarah  Mesoamerica. Berbeza dari komik Marvel yang menggambarkan Namor sebagai pemerintah kerajaan Atlantis, Namor versi MCU ditampilkan sebagai pemerintah kerajaan Talocan, yang mana mengambil inspirasi dari kebudayaan sebenar dan bukannya dari mitos Greek. Perbezaan ini berkemungkinan untuk mengelakkan persamaan dengan satu lagi watak pemerintah Atlantis, iaitu Aquaman yang telah ditampilkan sebelum ini dalam filem DC bertajuk Aquaman.

Dalam temuramah bersama Empire, Huerta berkata yang kemunculan Namor dalam filem Black Panther: Wakanda Forever ini adalah merupakan kesan langsung akibat pendedahan oleh T’Challa (lakonan mendiang Chadwick Boseman) yang mengumumkan kewujudan kerajaan Wakanda kepada seluruh dunia, seterusnya mendatangkan ancaman kepada Namor dan rakyatnya. 

Selain itu, Huerta turut mengesahkan khabar angin yang disebut-sebut sebelum ini, yang menyatakan Namor adalah sememangnya adalah seorang mutant dalam filem ini, seperti mana origin story dalam komik Marvel.

Sinopsis rasmi filem Black Panther: Wakanda Forever berbunyi seperti berikut:

In the film, Queen Ramonda, Shuri, M’Baku, Okoye, and the Dora Milaje fight to protect their nation from intervening world powers in the wake of King T’Challa’s death. As the Wakandans strive to embrace their next chapter, the heroes must band together with the help of War Dog Nakia and Everett Ross and forge a new path for the kingdom of Wakanda.

BERKAITAN: Pandang Pertama Watak Okoye Dan Shuri Dalam Filem Black Panther: Wakanda Forever

Black Panther: Wakanda Forever sekali lagi akan diarahkan oleh Ryan Coogler, dan menampilkan barisan pelakon asal seperti Lupita Nyong’o sebagai Nakia, Angela Bassett sebagai Ramonda, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, Winston Duke sebagai M’Baku, dan Florence Kasumba sebagai Ayo, selain pelakon baharu seperti Tenoch Huerta sebagai Namor, Michaela Coel sebagai Aneka, Mabel Cadena sebagai Namora, dan Alex Livinalli sebagai Attuma.

Black Panther: Wakanda Forever dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 11 November 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post