Di acara San Diego Comic-Con pada semalam, DC telah memperlihatkan trailer pertama filem terbaharu mereka, iaitu Shazam! Fury of the Gods. Saksikan trailer filem Shazam! Fury of the Gods di bawah:
BERKAITAN: Tarikh Tayangan Shazam! Fury Of The Gods Ditunda Lagi
Shazam! Fury of the Gods akan kembali dibintangi oleh Asher Angel dan Zachary Levi sebagai Billy Batson/ Shazam, selain barisan pelakon seperti Jack Dylan Grazer dan Adam Brody sebagai Freddy; Faithe Herman dan Meagan Good sebagai Darla; Ian Chen dan Ross Bulter sebagai Eugene; Grace Fulton sebagai Mary; Jovan Arman dan D.J. Cotrona sebagai Pedro; Marta Milans dan Cooper Andrews.Sambungan kepada filem Shazam (2019) itu akan menyaksikan penampilan musuh dan ancaman baharu kepada keluarga Shazam, dan akan memperkenalkan watak anak-anak perempuan dewa Atlas iaitu Hespera dan Kalypso, yang akan dilakonkan oleh Helen Mirren dan Lucy Liu.
RELATED: Zachary Levi’s Failed Guardians of the Galaxy Audition Helped Him Land Shazam
Shazam! Fury of the Gods diarahkan oleh David F. Sandberg, dan dijadualkan untuk tayangan 21 Disember 2022.
Post a Comment